CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.


ShoutMix chat widget

Welcome. Welcome

Watak ^^

-Nur Asyura Aziqah Mohd Adam. (Syura)
-Mohd Hazim Syafiqi b. Ikhwan. (Hazim)
-Qirana Elqira b. Iskandar (Qiqi/Qirana)
-Mia Marsyanda b. Mohd Fakhrul (Mimi/Mia)
-Farah Farisha b. Roslan (Fafa/Farah)
-Putri Dayang Syazwani b. Ismail (Wawa)
-Mohd Syazqir Azwan b. Helmi (Aqir)
-Ikhwar Arsyad b. Faizal (Iwar)
-Mohd Gadafi b. Hafizul (Dafi)
-Syarifah Alfina b. Amriz (Fina)

Thursday, October 27, 2011

Cerita Baru

Panas3 ! cerita baru kuar dri oven .,, haha,
bab satu utk cerita baru da siap, tpi xakn dsiarkn disini.
sila ke blog sya yg 1 utk membaca.
di jamin tak menyesal  :P

utk melihat, membaca dan memberi komen sila ke blog ini ...

http://eiqah96.blogspot.com/ ok ?

Monday, October 10, 2011

: Permohonan Maaf


Harap Maaf .
Cerita Aishiteru akan diberhentikan buat selama2nya
atas sebab2 yg tdak dpt di elakkan .
Cerita baru akan muncul dalam Bulan 10 ini.
Harap Maklum ^^

Friday, May 27, 2011

☆ Aishiteru~!

Bab 4: Cinta dan Benci hanya terpisah dengan satu garisan halus

Waktu berlalu seperti berlari, diantara waktu itu, terlakar kisah antara kita. Saat tersenyum dan saat berduka ianya semua, menjadi kenangan terindah.

“Qirana Elqira? Tolong bagi surat ni kat Syura”Kata Hazim. Qiqi kebingungan, “ouh,Ok” jawab Qiqi seraya meninggalkan Hazim sendiri.
Syura terpaku,’Hazim bagi surat untuk aku?urmm..’ Syura bermonolog sendiri.
“Cepatlah buka, nak tenok. Nak tenok” kata Mimi seakan-akan budak kecil yang meminta gula-gula dari kakaknya.
“Sabarlah” jawab Syura ringkas.

‘ Salam.. Syura,
Urm, Hazim da lama tau pasal feeling Syura, dan secara jujur, Hazim pun ada perasaan tu. Tapi, syura? Kita masih study, lpas study InsyaAllah ..
Jaga diri dan kesihatan tu, tunggu Hazim.
                                  <yg bnar, hazim>’

Syura terpaku, dia terdiam. Lantas, matanya tertumpu kepada Mimi yang kelihatan sedikit gugup.
“Ok.Ok.Ok. aku yang bagi Hazim kertas luahan perasaan kau hari tu.” Setamatnya bicara Mimi, Syura mengejarnya sekeliling kelas. Riuh rendah kelas jadinya.
Syura hanya berhenti mengejar Mimi apabila cikgu Fatihah masuk ke kelas. Mimi menceritakan perkara sebenar kepada Syura.
******************************************************

 Air mata Syura mengalir deras hari ini. Saat dia teringat kenangan itu, air matanya tidak tertahan lagi. Dia mula benci akan perkataan sayang. Dia tidak menyangka bahawa Hazim akan menghancurkan hatinya seperti ini. Hatinya hancur apabila Mimi, Wawa dan Qiqi memberitahunya bahawa Hazim sebenarnya sudah punya insan istimewa. Lebih menghancurkan hatinya, Hazim memberitahu Mimi bahawa dia beralih hati kerana Syura sudah berubah dengan tidak menegurnya dan membalas tegurannya dan menyangka bahawa Syura tidak menyayanginya seperti dulu lagi. Namun, andai saja Hazim tahu, dalam hati Syura Cuma ada ada Hazim. Syura tidak menegur Hazim bukan kerana Syura tidak menyayanginya, tapi, Syura sakit hati, dan entah kenapa dia tidak yakin pada Hazim. Apa yang Hazim fikirkan tentang Syura, adalah perkara yang sama Syura fikirkan tentang Hazim. Syura sebenarnya merasa perubahan dalam diri Hazim. Hazim sudah tidak seperti dulu, dan Syura juga terfikir bahawa Hazim sudah tidak menyayanginya seperti dulu lagi.
Hanya satu pesan Syura yang dia minta Mimi sampaikan kepada Hazim sebelum sekolah mengakhiri penggal pertamanya. Syura meminta Mimi mengucapkan ‘thanks’ kepada Hazim untuk semuanya. Kegembiraan dan Kesakitan yang Hazim berikan kepada Syura, juga untuk janji dan harapan palsu yang Hazim berikan kepada Syura. Bagi Syura, Hazim sama seperti lelaki-lelaki lain yang hanya tahu membuat janji namun tidak terfikir untuk memenuhinya.

‘Salam.. Syura, sowie =( .. Hazim harap, Syura mau jadi adik… Hazim, untuk kebaikan bersama. HARAP PAHAM. Hazim’

Kad kecil itu dibaca berulang kali. Air mata Syura jatuh bagai hujan. Dia sendiri tidak termampu untuk menghentikannya. Perasaannya kini tidak dapat  digambarkan. Perlahan, kad itu dilepaskan… air mata yang membasahi pipi diusap. Syura kemudian menghidupkan laptopnya. Ditaip olehnya perasaan yang terbuku, kenangan bersama Hazim ditaip dengan tekun. Air mata jatuh pada setiap taipan.
Andai saja Syura adalah sebuah computer, pasti akan dia ‘delete’ semua kengangan bersama Hazim. Namun Syura Cuma manusia biasa, dia tidak boleh melakukan itu. Yang mampu dia lakukan hanya berdiam diri.
Syura memasang radio, dengan harapan lagu-lagu di radio dapat menenangkan dirinya. Namun, pabila saat lagu “aishiteru” diputarkan. Hati Syura semakin terhiris. Dia lantas menutup radio tersebut, dan baring di katilnya.
Akhirnya Syura tertidur.

“Mohd Syazqir Azwan?”
“Yes? Nur Asyura Aziqah?, what can I do for you?” Syura tersenyum,
“nothing, just panggil-panggil, have you seen Qirana Elqira, Mia Marshanda, Farah Farisha and Putri Dayang Syazwani? Dorang datang tak kelas tambahan hari ni?” tanya Syura kepada rakan baiknya itu.
“No, tak ada pula.. Yang aku tahu, Qirana dan Mia ikut Qiam. Lagi dua orang tu aku tak pasti pulak.” Jawab Aqir.
“ouh, tak apalah. Jom masuk kelas.” Pelawa Syura.
Aqir menurut tanpa membantah. Dia sudah cukup kenal gadis di sebelahnya ini. Cukup 9 tahun mengenali Syura, Aqir sudah lali dengan perangai gila-gila Syura. Baginya, Syura adalah salah seorang rakan baiknya.
“Syura !!!!!” Langkah Syura dan Aqir terhenti. Terlihat Qirana dan Mia berlari kearah mereka.
“kau ok?” tanya Mia
“Aku ok Mimi.., kau dan Qiqi dari mana ni?” tanya Syura
“dari Qiam, nak masuk kelas. Jom” Jawab Qirana.
Langkah mereka berempat seiring masuk ke kelas.

Kriiinggggg~

“Fuh~ penat belajar, pergi kantin jom” Pelawa Putri
Syura di apit oleh rakan-rakan baiknya. Di kantin, Syura terlihat kelibat Hazim. Syura Cuma buat tidak tahu, dia berlagak biasa. Syura mau menunjukkan kepada Hazim yang dia tabah. Dia tidak mau menunjukkan kesedihannya kepada Hazim. Setelah selesai, mereka semua akan ke makmal untuk kelas seterusnya. Namun, untuk ke sana Syura terpaksa lalu di tepi Hazim. Syura membuat muka biasa dan lalu dengan senyap. Dia belum sedia untuk menegur jejaka itu.
“Syura? Kau masih sedihkan?” tanya Mia
“Taklah, aku ok” bohong Syura
“Syura, kau tak payahlah tipu kami. Kami tahu, senyum dan ketawa kau tadi di buat-buat. Nampak sangat Syu” kata Qirana
“Ya, aku memang tak dapat tipu korang. Aku memang masih sedih. Tapi, takpalah. Aku hormati keputusan dia. Walaupun ia menyakitkan” Kata SYura seraya berlalu pergi.
Qirana, Mia dan Wawa terdiam. Mereka sudah menduga, tawa dan senyuman Syura tadi memang di sengajakan. Syura berjalan di hadapan dengan wajah yang sugul. Qirana, Mia dan Wawa mendekati Syura.
“Syu? Relek lah.. Kumbang bukan seekor” kata Wawa.
“Ya, kumbang memang bukan seekor. Tapi, Cuma kumbang tu yang boleh buat bunga ni mengeluarkan lebih banyak madu.” Jawab Syura
“Huh? Tak faham.” Kata Mia, apa yang dikatakan Syura tadi betul-betul membingungkan.
“Maksud aku, Cuma dia yang boleh buat aku senyum selalu. Cuma dengan fikirkan dia, aku boleh senyum tanpa sebab. Cuma dia yang boleh buat aku tak tentu arah. Cuma dia yang boleh buat aku sakit hati tahap gaban dan buat sakit hati aku hilang dengan sekelip mata. Korang? Korang tau kan Aku sayang dia sangat-sangat” jawab Syura jujur.
“kami tau” kata Wawa layu.
“sudahlah, jangan cakap pasal ni lagi k? aku tau dia happy dengan girlfriend dia sekarang. Dia dah tak perlukan aku lagi. Well, aku rasa dia tak pernah perlukan aku.” Kata-kata Syura berakhir dengan setitis air matanya jatuh. Mia, Qirana dan Wawa hanya diam. Mereka tidak berani mengeluarkan suara di saat Syura sedih, takut tersalah cakap.

Penat di sekolah tidak menghalang Syura untuk online. Meskipun agak lewat sedikit, Syura online sekitar jam 10 dan saat itu, Mia, Qirana dan Wawa telah Offline. Terdetik di hati Syura untuk membuka ‘facebook’ Hazim, terlihat olehnya, gambar Hazim bersama seorang gadis dan Syura yakin gadis itu adalah kekasih Hazim. Syura terkedu, dia terdiam. Sepantas kilat, Syura menutup laptopnya. Tidak sanggup untuk melihat gambar itu lebih lama.
‘Dia bukan untuk aku’ hanya itu yang terlintas di fikiran Syura saat itu, sekali lagi air matanya jatuh di sebabkan seorang jejaka bernama Hazim. Sakit hati Syura tidak tergambar. Namun, dia tahu tiada hak untuk dia melarang mahupun marah tentang gambar itu, diantara dia dan Hazim tidak ada apa-apa. Itu hak Hazim. Di hati, Syura mendoakan kebahagiaan Hazim dengan kekasihnya, dia pasti Hazim sangat menyayangi kekasihnya dan begitu juga sebaliknya.
Malam itu, Syura menangis semahu-mahunya. Dia mahu malam itu menjadi malam terakhir dia menangis disebabkan oleh Hazim. Dia tidak mahu perkara ini mengganggu tumpuannya yang akan menghadapi PMR tahun ini. Dia tahu, dia tidak seharusnya jatuh hati kepada Hazim, lelaki yang punya ramai peminat seperti Hazim pasti mudah untuk berubah hati. Meskipun begitu, dia tidak menyesal pernah mengenali Hazim, baginya Hazim adalah salah satu daripada masa lalunya kini. Baginya, diantara dia dan Hazim Cuma kawan biasa tidak pernah lebih. Perasaan yang dia punya sekarang hanya mampu dipendam, tidak tahu pada siapa hendak diluahkan. Apatah lagi sekarang merupakan cuti penggal pertama, susah hendak berjumpa dengan rakan-rakannya.
Satu perkara yang bermain di fikiran Syura ialah, bagaimana dia akan berhadapan dengan Hazim ketika sekolah memulakan penggal ke-2 nya nanti?

*****************************************

Cinta mudah berubah bagi orang yang tidak terfikir untuk setia. Cinta tidak mahal, dan tidak pula murah. Membelinya bukanlah dengan duit, tapi dengan hati yang ikhlas mencintai. =)

‘Banyak cinta yang datang mendekat, ku menolak.. semua itu kerna ku cinta kau..’ bait-bait lirik lagu Kerna Ku Cinta Kau nyanyian Bunga Citra Lestari Syura amati.
 Andai Syura tahu Hazim akan berubah hati seperti ini, dia pasti tidak meletakkan harapan sebegini tinggi. Ada lelaki yang ingin menjadikan Syura sebagai kekasih, namun Syura tolak kerna Hazim. Ada juga lelaki yang cuba memikat Syura, tapi tidak dilayan. Kenapa? Kerana, Syura Cuma sayang Hazim seorang. Namun, Syura terpaksa mengalah, ini keputusan Hazim. Mungkin ini yang terbaik untuk Syura dan Hazim, atau sebenarnya terbaik untuk Hazim seorang. Syura dalam keadaan depresi, namun dia masih boleh bertahan.
“arrhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!” Syura menjerit semahunya. Dilepaskan perasaan yang terbuku di hati. Kampung halaman yang dirinduinya menjadi tempat dia melepaskan segalanya. Perasaannya hanya 40% tenteram. 60% masih menghantui Syura. Sukar baginya untuk menerima semua ini. Sabar, sabar dan sabar. Hanya itu yang mampu Syura lakukan sekarang. Mencari orang baru? Rasanya belum lagi, untuk melupakan seseorang yang pernah kita sayang bukan mudah. Apatah lagi orang itu selalu kita fikirkan.

“Hai Syura,”
“Hai abang. Dah lama sampai?” kata Syura seraya menyalam sepupunya,
“Tak adalah, baru-baru jugak. Syura? Apa khabar? Sihat?” kata Fakrizal Aizat.
“Alhamdulillah, macam biasa.” Kata Syura.
“Makin cantik adik abang seorang ni” Kata-kata Izat membuat Syura tersenyum, segan rasanya.
“Abang ni ada-ada jalah” kata Syura, seraya berlalu. Izat tersenyum. Selepas mengemas barangnya, Izat mengambil gitarnya lalu keluar dari bilik. Izat ternampak Syura di luar rumah sendirian. ‘Apa pula budak ni buat kat luar malam-malam ni?’ Izat bermonolog sendiri. Dia cuba mendekati Syura dengan perlahan,
“Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat, bila kau rindu pejamkan matamu, dan rasakan aku, kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh, terhapus ruang dan waktu, percayakan kesetiaan ini, akan tulus Aishiteru~” Izat menyanyikan lagu Aishiteru dengan penuh perasaan dengan harapan Syura menyukainya.
“abang?” perlahan Syura berkata-kata.
“Ya?” tanya Izat, mendengar suara Syura yang teresak-esak membuatkan Izat risau.
“Urm, jangan nyanyi lagu tu lagi boleh? Syura benci dengar lagu tu” kata Syura.
“kenapa? Boleh abang tahu?”
“Hazim,” jawab Syura, jujur.
“Siapa tu? Kenapa dengan dia? Dia sakitkan hati Syura?” bertalu-talu soalan diajuakn kepada Syura.
“Syura sakit hati dengan dia, Syura benci dia, Syura benci dengar lagu Aishiteru tu” kata Syura lantas mengalirkan air mata.
“Maaf, abang tak tahu”
“Its ok.”
“Syu? Ada benda abang nak cakap”
“Apa? Cakaplah.” Kata Syura seraya berpaling menghadap Izat.
“Tapi, sebelum tu..” kata-kata Izat berhenti. Dia mengusap wajah Syura. Air mata Syura di sapu. Syura terkedu.
“Ok, Syura?”
“Ya?”
“Abang… urm, Abang nak bawa Syura jalan-jalan esok boleh?” tanya Izat
“Boleh, pergi mana?” tanya Syura pula,
“Urm, abang dapat rasakan Syura tengah stress pasal something. So, esok abang nak bawa Syura jalan pergi satu tempat yang biasa abang pergi bila stress. Nak?” Kata Izat.
“Nak! Abang macam tau-tau ja kan?” kata Syura lantas tersenyum
“Hehe, ini abang Izat lah. Apa yang ada di otak Syura tu abang dah boleh agak.” Kata-kata Izat diakhiri dengan gelak tawa mereka berdua.

“Amboi, budak-budak ni.. Syura? Izat? Tak tidur lagi kenapa?” tanya Ibu Syura.
“Belum ngantuk Mama. Banyak cerita dengan abang Izat” jawab Syura.
“Mana-mana koranglah. Ingat jangan tidur lewat sangat, esokkan Izat nak bawa Syura jalan.” Spontan Ibu Syura berkata-kata.
“Ok” jawab Syura ringkas.
Apabila bayang Ibu Syura tidak kelihatan, Syura lantas mengalihkan pandangan.
“Macam mana mama tahu abang nak bawa Syura jalan esok?” tanya Syura
“awal-awal abang dah bagi tahu mama Syu.” Jawab Izat seraya menyanyikan lagu ‘Inilah Cinta’.
“amboi, tiba-tiba nyanyi lagu Akim ni.. Hujan nanti abang” kata Syura,
“haha, abang nyanyi sedaplah.. tak akan hujan, paling parah pun turun salji nanti. Haha,” seloroh Izat.
“Lagi parah, kalau salji sejuk.. mana tahan,” kata Syura
“erm, kalau sejuk.. abang bagi panaslah.”
“bagi panas macam mana?” soal Syura.
“Bagi panas, macam ni…” kata Izat lalu memicit hidung Syura.
“Abang ! sakitlah” adu Syura.
“Haha, rasa panas kan? Panas hati? Abang gurau je”kata Izat
“Ya, panas sangat .. “ kata Syura kemudian mengembungkan pipinya.
“Alaaa.. tuan puteri marah erk? Sorrylah, meh sini abang pujuk” kata-kata Izat membuat Syura tersenyum. Izat lantas mengambil gula-gula dari poketnya lalu menyuap Syura. ‘Comel’ fikir Izat.
“Tak sedap, abang tak pandai beli” kata Syura.
“Tak sedap? Buanglah” kata Izat pula.
“Tak apalah, membazir ja”
“eleh.. Padahal ..” Kata Izat
“oklah, abang? Syura pergi tidur dulu ya? Ngantuk sudah,
Assalamualaikum” Kata Syura
“Ok, selamat malam Tuan puteri..” jawab Izat.
Izat memerhatikan setiap langkah Syura. ‘Adui, comel betullah budak Syura ni. Manis pula tu. Kalau aku dapat, jangan harap aku lepaskan’ Izat bermonolog sendiri.

Tuesday, April 5, 2011

☆ Aishiteru~!

BaB 3: Wo Ai Ni .
“Maaf kak. Tapi, Ifa tak boleh bagi tau akak siapa yang bagi surat ni.Ifa dah janji dengan orang tu. Ifa tak nak mungkir janji, dosa kak. Tapi, ada 1 cara yang Ifa boleh bantu akak. Supaya akak dapat tau siapa gerangan yang bagi surat  tu kat akak. Akak balaslah surat dia tu. Selepas akak tulis, Ifa boleh tolong hantarkan.” Kata Ifa.
“InsyaAllah lah dik. Akak malas lah nak balas surat dia. Tengok lah dulu. Ok lah. Akak nak masuk kelas dulu. Assalamualaikum.” Kata Syura.Kecewa.
Syura berjalan perlahan ke kelasnya. Terfikir olehnya akan kata-kata Ifa tadi. Mungkin lebih baik sekiranya dia menulis surat kepada budak cintan. Sekurang-kurangnya dia dapat mengetahui soal budak cintan sedikit demi sedikit. Setibanya di kelas Syura, dia hanya mengambil masa selama 8 minit untuk mengarang surat yang akan diberikan kepada budak cintan.
<Assalamualaikum, saya tak tak tahu nama awak jadi saya panggil awak budak cintan k? sebab awak jiwang, hehe. Thanks for the sweet birthday gift. Saya hargai sangat-sangat. Saya tak kisah kalau lepas ni awak nak kerap hantar surat kat saya, tapi janganlah gunakan adik angkat saya. Kesian dia. Hehe, thanks juga untuk luahan hati awak tu. Saya tak tau nak cakap apa.
Salam, Syura>
Setelah selesai, Syura meminta salah seorang pelajar tingkatan 2 yang kebetulan lalu didepan kelasnya untuk memberikannya kepada Ifa. Biasalah pelajar senior tak ada sesiapa yang nak lawan. Sebelum menghantarnya Syura ada melekatkan pelekat berbentuk bintang, untuk apa ? Dia sendiri tidak pasti. Mungkin sekadar mencantikkan surat itu. Entahlah.

Keesokan harinya, Syura ke sekolah seperti biasa. Dia kemudian ke tempat rakan-rakannya. Tiba-tiba, datang seorang pelajar belari mendekati Syura.



Sambil tercungap-cungap dia berkata
 “ Assalamualaikum? Mana 1 kak Nur Asyura Aziqah Muhd Adam ?” siap nama penuh disebut.
“Akak, kenapa?” jawab Syura kehairanan. ‘Macam mana budak ni boleh tahu nama aku? Nama penuh lagi!’
“ Ni ada surat dari budak cintan. Saya hanya ada masa 30 saat untuk berikan kakak surat ni. Sekarang saya hanya ada 30 saat untuk kembali ke tempat tadi. Assalamualaikum” kata budak itu. Syura ketawa, aneh rasanya melihat kertas yang diberikan budak itu tadi. Kertas itu ada banyak lipatan.
Lipatan pertama, ‘Assalamualaikum budak ketot!
Lipatan kedua, ‘Sama-sama untuk hadiah tu, saya pun menghargai awak juga’
Lipatan ke tiga, ‘saya tak kisah kalau awak nak panggil saya budak cintan.’
Lipatan ke empat, ‘Aishiteru, princess ketot’
Lipatan terakhir,’ Princess hanya ada 30 saat untuk membaca surat ini.’

Syura tersenyum, dia kemudian menyimpan surat itu ke dalam poketnya. Secara tiba-tiba budak lelaki yang memberikan surat itu kepada Syura berlari mendekati Syura lagi.
“kak ? ni ada surat dari budak cintan lagi”
“ok, thanks”
“sekarang saya pergi dulu, masa 30 saat saya dah nak habis”

Syura ketawa lagi, dia kemudian segera membuka lipatan kertas itu dan membaca isinya.
<Budak ketot ? Cikgu ada cakap,
1 jam bersamaan 60 minit, 1 minit bersamaan 60 saat.
Tapi, cikgu tak ada cakap pun yang 1 hari tak nampak awak ibarat 100 tahun.
Saya tak tau kenapa, saya rindukan awak budak ketot,Aishiteru ;)
p/s awak hanya ada 30 saat.>

Syura tersenyum, manis. ‘budak cintan, budak cintan. Surat 30 saat yang sweet.’ Selang 3 minit, budak itu kembali lagi.
“Adik tak penat?” tanya Syura melihat budak itu tercungap-cungap.
“Tak la juga.” Jawab budak itu, Syura ketawa.
“urm, ada apa adik datang lagi ni?” tanya Syura.
“Saya datang sini nak bagi surat lagi, ni..” Jawab budak itu seraya memberikan surat itu kepada Syura.
“Terima Kasih, ada apa-apa lagi?” Tanya Syura lagi.
“Sama-sama, ada lagi,Budak Cintan arahkan saya untuk cakap ini. Nama saya Mohd Ayman Akmal dari kelas 2 Bijak, akan menjadi penghantar surat Budak Cinta untuk Pwincess Ketot yang setia! Secara automatic saya adalah adik angkat kepada Budak cintan dan pwincess ketot ! Segala arahan akan cuba saya laksanakan. Terima kasih” kata Ayman seraya berlalu pergi. Syura ketawa.
Syura kemudian membaca surat itu,
<Aishiteru!, saya suka tengok awak ketawa. Comellah ! Budak Ayman ni akan menjadi orang tengah antara kita ok? Jadi, sekarang awak tak ada alasan untuk tidak membalas surat saya lagi. Awak ada 1 minit untuk membalas surat saya>
Syura diam. Dengan segera dia mengoyakkan sekeping kertas dari bukunya seraya menulis.
<Budak cintan ? tak baik awak dera budak Ayman tu macam tu ! kesian dia tau! Awak ada 30 saat untuk minta maaf kat Ayman, dan suruh dia lapor diri dengan saya dengan segera.> Ayman datang dan pergi membawa surat itu dalam tempoh 10 saat. Setelah Ayman berlalu, dia mula mengira detik, 1, 2,3,4,5,6,7,8,9,10.. Ayman pun datang.
“Saya Ayman sedia lapor diri !”
Syura ketawa, “Haha, Ok. Ada budak cintan minta maaf kat Ayman?”
“Ada ! Hehe,” kata Ayman.
“haha, Ok. Itu saja, Terima Kasih” Kata Syura
“Sama-sama kak !” kata Ayman seraya berlalu pergi.
Wawa, Fafa dan Qiqi kehairanan.
“Syura ? Sapa Budak tadi tu?” Tanya Qiqi
“Budak tu ? Dia Ayman” Jawab Syura
“Dia nak apa ?” Kata Fafa.
“tak ada apa-apa. Dia tu dah jadi penghantar surat aku ngan budak cintan.” Jawab Syura jujur.
“Amboi, Budak Cintan pulak. Habis tu Hazim macam mana?” Tanya Wawa. Syura terdiam.
“Aku masih sayangkan dia macam dulu lah” jawab Syura.
“Ouh, abis tu, Budak Cintan ??” tanya Qiqi.
“Aku pun tak tahu, aku tak ada feeling la kat dia ! aku rasalah”
“AdoOi, kau ni” Kata ketiga-tiga rakannya itu.
Syura tersenyum, dia sebenarnya bingung tentang perasaannya sendiri. Syura dan Qiqi berjalan seiringan menuju ke kelas. Mereka terserempak dengan Hazim.
“Nur Asyura Aziqah Muhd Adam?” Kata Hazim,
Syura tersenyum, sudah lama rasanya dia tidak mendengar nama penuhnya disebut oleh Hazim.
“Ya, Mohd Hazim Syafiqi bin Ikhwan?” Hazim tersenyum, dia kemudian berjalan mendahului Syura dan Qiqi. Sedang Syura dan Qiqi seronok berbual, Syura terlihat sesuatu jatuh dari fail Hazim. Dia kemudian mengambilnya. Alangkah terkejutnya Syura apabila melihat pelekat bintang yang terdapat di surat itu, pelekat itulah yang dia lekatkan pada surat untuk budak cintan. ‘Macam mana surat ni boleh dengan Hazim?’ Syura bermolog sendiri. Qiqi yang tidak mengerti apa-apa berlalu meninggalkan Syura. Syura berjalan perlahan, dia masih terfikir tentang surat itu. Secara tiba-tiba Hazim mendekati Syura, dia ingin bertanya sesuatu. Tapi, niat Hazim terbatal apabila melihat surat berpelekat bintang di tangan Syura.
“Ar ! sini rupanya surat ni, Hazim ingat dah hilang dah.” Kata Hazim, gagap.
“Hazim ? mana Hazim dapat surat ni?” Tanya Syura
“Surat ni ? Awek kawan minta tolong bagi kat kawan.” Jawab Hazim lalu segera mengambil surat itu dan berlalu pergi. Syura masih dalam kebingungan. Dia tidak mahu berfikir bahawa Hazim adalah Budak Cintan. Dia tidak mahu memikirkannya lagi. Syura segera masuk ke kelas. Syura duduk di tempatnya, secara tiba-tiba Ayman datang.
“Assalamualaikum, Kak Syura? Kejap” kata Ayman.
Syura berdiri lantas ke tempat Ayman,
“Ada apa?” tanya Syura
“Ni” Jawab Ayman, seraya menyerahkan sekeping surat kepada Syura.
“Thanks,”  Kata Syura “Welcome” jawab Ayman seraya berlalu.
Syura membuka surat itu,
< Assalamualaikum budak ketot? Hehe, saya dah minta maaf kat Ayman dah. Awak jangan marah kat saya lagi ok? Saya tak suka tengok awak marah, seram =$ . Saya sayang awak, saya tak nak tengok awak sedih-sedih ni. Urm, 1 lagi saya Cuma nak bagitahu ja tak ada apa-apa makna k. Saya Cuma nak cakap yang saya ni bukan Hazim. Saya kawan dia. Saya bukan Hazim tau budak ketot ! Bukan Hazim. Aishiteru Budak Ketot ! Saya bukan Hazim tau.>

Syura terdiam, dia semakin curiga. Apa benar Hazim bukan Budak Cintan ?? tapi mengapa sikap Hazim seakan-akan berubah tadi? Dia bingung. ‘Entah-entah Hazim tu Budak Cintan ? tapi, tak kan lah. Hazim mana ada apa-apa feeling kat aku. Tak mungkin ! Dia mungkin anggap aku macam adik dia ja’ Syura terasa ingin meluahkannya kepada seseorang tapi, dia malu. Malam itu, Syura memasukkan kesemua surat-surat budak cintan kedalam sebuah kotak. Syura kemudian mengambil Laptop kesayangannya, dia menulis.. www.blogger.com, seraya menulis alamat e-mailnya dan kod kunci 6digit. Dia memeriksa blog yang sudah lama dibiarkannya. http://aishiteru96.blogspot.com , Syura membuat keputusan untuk meluahkan isi hatinya itu di blognya.
Dia bercerita tentang Hazim, namun untuk keselamatan rahsia isi hatinya, dia menukarkan nama Hazim kepad Zz. Dia menulis dengan punuh tekun. Sekiranya di kira patah perkataan yang digunakan Syura pasti melebihi 180 patah perkataan. Mengalahkan membuat sebuah karangan. Setelah menyiapkan blognya, dia kemudian membuka satu lagi blognya, http://saranghaeyo-story.blogspot.com . dia membuat sebuah cerpen. Setelah selesai Syura pun tidur, dia sudah terlalu penat.
Pagi itu, Syura pergi ke sekolah seperti biasa. Awal pagi lagi, Ayin iaitu salah seorang rakan baik Hazim yang juga seorang pengawas pergi menemui Syura. Dia meminta Syura melakukan sedikit tugas untuk mencantikkan papan kenyataan. Dalam hati Syura berkata “Abg Ayin ni memang kreatif. Mengalahkan perempuan.” Semua tugasan Syura itu selesai sekitar jam 1 petang. Syura kemudian pergi ke kelas Ayin yang juga rakan sekelas Hazim, untuk menyerahkan tugasannya yang sudah selesai tadi.
Dari jauh, Syura sudah ternampak kelibat seseorang di meja guru kelas. Syura memberanikan diri.
“Assalamualaikum?” memang benar ada seseorang di meja guru tapi bukanlah seorang guru. Hanya seorang pengawas yang sedang tidur. Mungkin juga akibat kepenatan. Syura mememui Ayin, lalu diserahkan tugasannya tadi. Ayim tersenyum tatkala melihat Syura yang tersenyum merenung Hazim.
“tidur sudah.” Kata Ayin.
“Haha, kepenatan.” Kata Syura pula, seraya keluar dari kelas Hazim,
‘Selamat Tidur’ kata Syura sebelum meninggalkan tempat itu

Wednesday, March 30, 2011

☆ Aishiteru~!

Bab 2 : Saranghaeyo
“Syura? Tak baik tau kau menjauhkan diri dari Hazim. Kesian aku tengok kamu berdua ni. Sudah-sudah la tu, kau tau tak ? Aq terbaca FB Hazim, dia tulis pasal persahabatan dan pergaduhan. Aku rasalah kan post itu untuk kau. Sudahlah K?” Kata-kata Qiqi sewaktu dalam perjalanan ke bilik bengkel ERT itu bermain-main di benak fikiran Syura. Bukan dia sengaja menjauhkan diri, tapi dia belum sedia berhadapan dengan Hazim lagi. Dia buntu ! Sudah seminggu dia menjauhkan diri dari Hazim dan selama seminggu itu jugalah Hazim acap kali menegurnya. Malangnya, Syura tidak memberikan sebarang respon yang positif.
************************
          Syura bosan. Semua rakan kelasnya sudah pulang. Hari ini ibu Syura akan mengambil Syura lewat sebab ada mesyuarat. Di fikiran Syura ada seseorang. Syura mengelamun lagi. Kali ini dia teringat akan saat-saat manis dia bersama Hazim. Dia ingat sewaktu dia terjatuh di dewan, Hazimlah yang memberikannya plaster selepas mengetahui kaki Syura luka dan berdarah. Dia juga teringat saat tangannya menggigil ketika menunjukkan Hazim cara menggunakan kamera milik Qiqi. Betapa segannya dia waktu itu. Rasa bersalah bersarang di hatinya. Hazim tidak bersalah, Hazim tidak mengerti apa-apa. Syura yang salah, Syuralah yang salah menilai Hazim. Dia menyesal telah menjauhkan diri dari Hazim walhal Hazim terlalu baik padanya. Syura tersedar dari lamunan sewaktu Hazim melalui kawasan itu. Giliran Hazim mendiamkan diri. Secara spontan Syura berkata,
“Sombong!!”   Hazim yang terdengar kata-kata Syura tadi berpaling melihatnya. Syura yang tersedar akan kesepontanannya berkata-kata tadi,dengan segera dia berpaling dan berlalu pergi. Hazim masih di situ, berdiri sambil tersenyum. Puas. Akhirnya gadis itu menyerah kalah juga.
          03 Mac merupakan hari jadi Syura. Malangnya hari itu hari sabtu dan Syura tidak berkesempatan untuk meraikan hari jadinya bersama rakan-rakan kelasnya.    2 Mac, esok hari jadi Syura. Di kelas, ada diantara rakan-rakannya yang mengucapkan selamat hari jadi sehari lebih awal kepadanya.                   
                   Waktu rehat berlalu seperti biasa. Hari ini Syura melihat Hazim kerap naik ke atas. Dia yang tidak mengerti apa-apa hanya berdiam diri. Sepanjang hari itu, Hazim hanya mendiamkan diri.

          Selesai bertugas, Syura pulang ke kelas. Setibanya di kelas, dia terkejut apabila terlihat sebuah kotak besar berwarna merah di atas kerusinya.
“Fa ? apa ni ? Siapa yang letak di atas kerusi aku?”Tanya Syura.
“Manalah aku tahu, tadi sebelum rehat tak ada pun kan? Tetiba ja ada tadi, entah-entah dari peminat kau tak?” Jawab Fafa. Spontan.
“Ish! Kau ni ada-ada ja lah” Kata Syura sebelum terlihat sekeping kertas di bawah kotak itu.
[Untuk: Nur Asyura Aziqah Bt. Muhd Adam a.k.a Budak Ketot]
[Dilarang buka sebelum 3mac. Ingat, Allah Nampak.]
Aneh tidak ada nama pengirim di atas kotak itu membuatkan Syura tertanya-tanya. ‘Siapa pula yang bagi aku hadiah besar macam ni? Urm’ Lamunan Syura terhenti apabila Cikgu Fatihah masuk ke kelas.
*************************************************************
Tepat jam 12 tengah malam, 03 mac, Syura membuka kotak misteri itu. Terdapat sepasang teddy bear bersama sekeping chocolate. Terdapat juga seutas rantai di leher teddy bear itu dan sekeping kad.
<Selamat hari jadi budak ketot.. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Patung tu ada 2, saya nak awak berikan salah satu patung tu kat mana-mana lelaki yang awak minat. Rantai tu pula, saya nak awak pakai hari-hari, Chocolate tu saya nak awak makan sorang-sorang, tak boleh share dengan siapa-siapa pun. Hehe, Selamat hari jadi . Aishiteru!
          From:someone>
Syura terpaku. Siapakah gerangan yang memberikannya hadiah yang sungguh ‘sweet’ ini ? Syura jadi bingung, kad yang bertaip menambahkan lagi kesukaran Syura mengenal pasti pengirimnya. <Patung tu ada 2, saya nak awak berikan salah satu patung tu kat mana-mana lelaki yang awak minat> Syura menjadi semakin bingung ! Mengapakah pengirim ini menyuruh Syura memberikan salah satu patung itu kepada orang yang Syura minat ? Namun, Syura sudah terfikir untuk memberikannya kepada Hazim. Ya, dia bukan sahaja meminati lelaki itu, malah secara jujur dia sangat sayangkan lelaki itu. Satu lagi hal yang agak menambahkan keanehan di fikiran Syura ialah perkataan <aishiteru>, apakah maksud pengirim ini menulis ayat jepun yang bermaksud ‘saya sayang awak’ itu ?Syura di dalam kebingungan. Namun dia tidak mahu terlalu memikirkannya. Lagipun dia sudah mengantuk. Akhirnya, Syura tertidur sambil memakai rantai dan memeluk kedua-dua patung beruang itu.

Syura terbangun dari tidurnya yang lena apabila Puan Zura mengejutkannya. Sepanjang hari itu, Syura memakai rantai yang diberikan budak misteri itu. Ahad berlalu isnin menjelma. Syura memasukkan salah satu patung yang diterimanya itu kedalam sebuah beg kertas. Tiba di sekolah, Syura berlagak biasa. Apabila rakan-rakannya bertanya soal hadiah yang diterimanya dari ‘manusia misteri’ itu, Syura Cuma berkata,
“Tak ada apa-apa, cuba patung”.
Waktu PnP berjalan lancar. Pada waktu rehat, Syura ke kelas Hazim lalu meminta salah seorang rakan sekelasnya meletakkan beg kertas itu di meja Hazim. Di beg itu juga tertera nama dia sebagai pengirimnya.
Waktu pulang, Syura terserempak dengan Hazim. Syura dan Hazim sama-sama mengukir senyuman.Manis. Hazim kemudian pergi mendekati Syura,
“Thanks for the cute Teddy Bear. But for what?” Tanya Hazim.
“Welcome, nothing actually. Just as a say sorry gift. Sebab lama tak tegur Hazim lama hari tu” Jawab Syura.
“Ouh, thanks again k. Tapi, next time tak payah lah sampai nak kena bagi teddy. Menyusahkan Syura ja” spontan Hazim berkata-kata.
“Haha, Its ok. Syura tak kisah pun lah. Lagipun Syura ada alasan sendiri kenapa Syura bagi Hazim teddy bear tu” Kata Syura.
“Apa alasannya?” Tanya Hazim, ingin tahu.
“Tak ada apa-apalah. Rahsia kerajaan” Jawab Syura, berseloroh.
*************
Perkara buruk berlaku ,bekas pensil Syura hilang ! Sehari suntuk Syura risau mencarinya namun tetap tidak dijumpai. Syura menjadi semakin risau. Sehingga waktu pulang pun bekas pencilnya tidak dijumpai.
Keesokan hari, alangkah gembiranya Syura apabila terlihat bekas pencilnya di hadapan pintu kelas. Namun, rasa gembiranya bertukar menjadi rasa marah apabila terlihat beberapa helai ronyokan kertas di dalam bekas pencilnya. Ingin saja Syura membuang kertas-kertas itu, namun terdetik di hatinya untuk memeriksa kertas itu satu persatu setelah terlihat nombor di setiap ronyokan kertas. Syura memeriksa kertas itu satu persatu.
1)    ‘Aishiteru budak ketot!’ Syura menjadi sedikit geram..

2)   ‘Maaflah. Saya ambil boxpencil awak. Saya sengaja agar saya dapat luahkan isi hati saya kat awak. Ini sahaja cara yang saya boleh buat untuk luahkannya tanpa awak tahu siapa diri saya.’ Syura tergamam

3)   ‘Saya dah jatuh hati kat awak dah lama. Awak yang tak tahu. Setiap hari saya perhatikan awak. Awak comel lah budak ketot !’





4)   ‘Maaflah saya panggil awak budak ketot. Lagipun awak lebih rendah dari saya, sebab tu saya panggil awak budak ketot. Maaf. Saya nak awak tahu saya betul-betul sayangkan awak. Tapi, saya tahu kita tak boleh ada hubungan apa-apa. Itu dah melanggar syariat islam kan? Hehe, Awak jangan risau, saya akan pastikan awak jadi milik saya suatu hari nanti’
5)   Kertas yang terakhir: ‘ You may not know me, you don’t actually need to know. All you need to know is my feeling towards you ! Aishiteru ! Sorry again for “stealing” your pencil case..
LOVE YOU BUDAK KETOT. From, someone..

Syura tergamam. Dia terpegun. Dia tidak menyangka pemuda ini akan bertindak seperti ini. Dia mula ragukan hatinya, adakah dia mula menyayangi jejaka misteri ini ? Adakah perasaannya terhadap Hazim masih seperti dulu ?

**********************************************************
“Kekuatan Cinta kita takkan pernah rapuh, terhapus ruang dan waktu, Percayakan kesetiaan ini, akan tulus. Aishiteru~!”
Syura menghayati bait-bait kata lirik lagu yang menjadi kegemarannya itu. Selain dapat mengingatkan dia terhadap Hazim, lagu itu juga mengingatkan dia kepada jejaka misteri yang die gelar ‘budak Cintan’ itu. Setiap hari dia memikirkan Hazim juga Budak Cintan itu. Fikirannya kerap melayang. Setiap hari juga nama Hazim, Budak cintan Dan budak ketot bermain-main difikirannya.

#######################################
Suatu pagi, Ifa, iaitu adik angkat Syura pergi menemuinya.

“Assalamualaikum kak Syura?”
“Walaikumsalam, Aik? Ifa? Ada apa ni?” Tanya Syura
“Tak ada. Nak pinjam buku akak. Buku……” Tergagap-gagap Ifa menjawab
“Buku apa?” Tanya Syura
“Buku Sivik! Ah! Ya, Buku sivik, boleh?” Jawab Ifa.
“Boleh, tapi untuk apa?” Tanya Syura lagi.
“Urm, untuk buat kajian sikit pasal sivik.” Jawab Ifa.
“Ouh. Ok, Kejap” Jawab Syura lantas masuk ke kelas dan mengambil buku siviknya lalu diberikan kepada Ifa.
“Nah”
“Thanks Kak ! nanti Ifa bagi balik” Kata Ifa.Ceria.
“Oke” Kata Syura. Wujud pula perasaan aneh difikirannya. Untuk apa pelajar tingkatan 2 mengkaji matapelajaran  sivik tingkatan 3 ? Namun persoalan itu tidak diendahkan olehnya. Tidak baik bersangka buruk. Lagipun Ifa itu adik angkatnya, kalau Ifa tahu akan prasangka buruknya pada gadis itu, pastinya dia akan berkecil hati.
Sekitar jam 12 tengah hari Ifa datang menemui Syura lalu memberikan buku Syura kembali kepada tuannya.
“Nah kak. Thanks” kata Ifa sambil tersengih.
“Ok, Sama-sama. Apa pasal tersengih nie?” Tanya Syura. Curiga.
“hehe,tak ada apa-apalah kak. Ifa masuk kelas dulu. Salam”

Syura pelik. Tidak pernah adik angkatnya itu berperangai seperti itu sebelum ini. Urm.. Syura berjalan sambil membelek-belek buku siviknya. Tiba-tiba sekeping kertas berlipat cantik terjatuh dari bukunya. Syura lantas mengambil kertas itu dan membacanya.

‘Assalamualaikum Budak Ketot! Saya tak perlu nak tanya khabar awak sebab saya tahu awak baik-baik ja. Budak ketot ? Saya dah tahu siapa jejaka bertuah yang awak berikan patung tu.Terima kasih. Syura ? Awak nak tau tak identiti sebenar saya ? Tak payahlah awak tahu k? hehe, Cukuplah awak tahu saya sayangkan awak. Aishiteru! Budak Ketot ? Saya harap awak tak akan marah kalau selepas ini saya akan kerap tulis surat kat awak. Saya tak nak SMS awak, takut nanti kot awak kenal number saya kan? Hehe, Have a sweet day Princess ketot !
From: someone’

Syura tersenyum. Entah mengapa dia rasa gembira. Satu hal yang bermain di benaknya ialah, macam mana surat ini boleh ada di bukunya ? Syura kemudian segera ke kelas Ifa. Ifa pasti tahu siapa pengirim surat ini. Dia yakin.

Sunday, March 27, 2011

☆ Aishiteru~!

☆ BaB 1 : Saya sayang awak. 
“Kring..Kring..” Bunyi lonceng mengejutkan Syura. Jam menunjukkan angka 5.30 pagi. Syura menggapai tualanya dan terus ke bilik air. Selesai mandi, dia memakai baju uniform pengawasnya lalu menunaikan solat subuh. Selesai melaksanakan tanggungjawabnya, gadis berusia 15 tahun ini segera mengapai begnya dan meluru ke bawah. Ibunya, Puan Zura sudah menunggu di luar. Syura mengambil kasutnya dan terus masuk kedalam perut kereta.
          Setibanya di sekolah, selepas menerima wang saku dan bersalaman dengan ibunya, dea pergi ke tempat lepak rakan-rakan sekelasnya. Biasanya mereka akan berkumpul di situ sementara menunggu perhimpunan harian bermula. Sedang seronok berbual dengan rakan baiknya Wawa, dari jauh Syura telah menangkap kelibat seorang jejaka. Hazim. Seorang jejaka yang tinggi, hitam manis, tampan, penyayang dan baik hati sudah cukup membuatkan Syura jatuh hati padanya. Meskipun begitu mereka hanya sekadar kawan dan tidak lebih.
          Setelah tamat perhimpunan pagi itu, Syura dan Qiqi salah seorang rakan baiknya,menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pengawas. Selepas itu, mereka berjalan beriringan ke kelas.
“Ra? Kau ada update blog tak baru-baru ni?” Kata Qiqi, gadis yang sememangnya gila IT a.k.a IT Addict !
“Ada, baru-baru la juga.. kenapa?” jawab Syura.
“takda apa-apa, saja ja tanya” ……….
          Sewaktu melalui papan kenyataan pengawas, terdetik di hati Syura untuk mengemaskan sedikit papan yang kelihatan sedikit kusam itu, almaklumlah biro papan kenyataan lah katakan.Qiqi memberi isyarat yang dia akan ke kelas dahulu. Tanpa banyak soal, Syura mengangguk.
          Selesai tugasnya, dia ingin segera naik ke kelas, tapi langkahnya terhenti seketika, apabila Hazim kini berada di depannya sambil tersenyum. Manis. Syura yang sebenarnya gelabah, cuba menyembunyikan perasaannya dengan membalas senyuman jejaka itu. Hazim berjalan selangkah lebih laju daripadanya. Namun, Hazim kemudian memperlahankan langkahnya, seoalah-olah memberi petanda kepada Syura untuk jalan bersama.
          Syura yang menyedari keadaan itu tersenyum. Mereka kemudian berjalan beriringan.
“Syura, Ok?” kata Hazim, rasanya ingin tercabut jantung Syura tapi ditahannya.
“Ya?Urm.. Ok.. Ini Syura lah mana pernah tak OK kan?” kata-kata Syura membuat Hazim tersenyum.
Perbualan mereka terhenti di situ, Syura ingin segera masuk kekelasnya. Begitu juga Hazim.
          Waktu PnP berjalan dengan lancar. Waktu rehat, antara waktu yang sangat ditunggu-tunggu oleh Syura. Kerana, pada waktu inilah dia dapat berjumpa dengan Hazim, lagipun mereka sekumpulan. Bertugas sentiasa bersama. Syura turun ke bawah, minggu ini mereka bertugas di kawasan pagar blok. Sambil bertugas, Syura mengemas papan kenyataan pengawas yang terletak berhampiran kawasan mereka bertugas.
“WEYH!!!!!!!” Dafi datang secara tiba-tiba sambil menjerit.
“Aaarrggghhhh!!!Gila! mau tercabut jantung aku!!” Jerit Syura akibat terlalu terkejut.
          Syura memukul bahu Dafi sebagai balasan. Tiba-tiba Hazim datang, kelihatan raut wajah Hazim yang awalnya gembira berubah menjadi sedikit masam selepas melihat aksi pukul memukul antara Syura dan Dafi. Cemburu? Mungkin. Setelah Dafi pergi, Syura ingin menyambung semula kerjanya. Hazim mendekati Syura. Syura yang menyedari keadaan itu, menjadi gemuruh. Namun menyembunyikan perasaannya dengan berpura-pura sibuk.
“Nur Asyura Aziqah Bt Mohd Adam?” Kata-kata Hazim membuatkan hati Syura berdegup kencang. Syura menoleh seraya menjawab,
“Yes? Mohd Hazim Syafiqi Bin Ikhwan?” kedua-dua mereka tersenyum.
Waktu rehat tamat, tiba masa masuk ke kelas. Secara tiba-tiba Syura dipanggil oleh Cikgu Aina,
“Syura, salah seorang murid cikgu telah terjumpa kasut ini. Cikgu rasa kasut ini sengaja disembunyikan oleh orang lain. Cikgu nak minta tolong kamu tolong serahkan kepada unit disiplin. Ya??
“Baik cikgu” jawab Syura.Ringkas.
Sambil berjalan, Syura teringat kisah diantara dia dan Hazim dulu. Hazim selalu membulinya, memanggilnya dengan nama yang tidak sesuai. Sehingga pernah sekali, Syura membaling kasut ke Hazim kerana memanggilnya dengan nama yang kurang enak. Nyaris-nyaris terkena. Nasib baiklah Hazim mengelak kalau tidak pasti sudah luka kepalanya.
Hazim hanya melihat Syura duduk di kerusi di hadapan bilik guru dengan muka yang kehairanan. Hazim cuba melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Syura, namun tiada respon.Hazim yakin Syura sedang mengelamun. Hazim kemudian mengambil tindakan drastic dengan berbisik di telinga Syura.
“Syura ? Ngayal erk?”
Syura yang sememangnya sedang menghayal itu , tersedar dari khayalannya dan sekali lagi menerima satu kejutan yang boleh menjatuhkan jantungnya. Lalu memukul Hazim menggunakan kasut yang diberikan oleh cikgu Aina tadi. Hazim mengadu kesakitan.
“Aduh! Sakitlah Ra”
“Maaf lah ! salah Hazim jugak, siapa suruh terkejutkan orang?”
“Lah, salahkan Hazim pulak?”
“Memang salah Hazim”  kata Syura sambil mengembungkan pipinya tanda protes.
“Alamak, babyface dah keluar” kata Hazim,
“Jangan buat babyface lama-lama tau, jdi hitam mcm Sathia baru tau, nak?”
“Hazim ni kan ! Ish! Suka kacau orang taw!!” kata Syura berulang kali, sambil memukul-mukul Hazim.
“Hahaha, orang main-main aja lah.. Habis Syura tu yang berkhayal, depan bilik guru lagi. Apa juga yang Syura Khayalkan tu sampai tak sedar Hazim datang?”
Syura seorang gadis yang agak  polos, dengan slumber dia menjawab.
“Orang bukan berkhayallah! Orang tengah ‘mengimbau kenangan silam tadi”
“Mengimbau kenangan silam?” Tanya Hazim
Dengan spontan Syura menjawab
“A’ah.. Teringat masa kita kawat kaki sama-sama dulu. Teringat masa Syura baling kasut kat Hazim. Rindu sangat masa tu. Kalau ingat balik, muka Hazim masa tu memang lucu, comel sangat. Itu yang buat Syura jatuh hati tu. Tau tak? Syura rindu sangat-sangat masa tu, masa Syura dekat dengan Hazim, Hazim baik sangat dengan Syura. Walaupun kadang-kadang menyakitkan hati tapi, itu yang buat Syura Jatuh cinta kat Hazim. ” Kata-kata Syura terhenti.
Hazim yang mendengar terkejut dengan bibit-bibit akhir kata-kata Syura tadi. Syura segera menutup mulutnya setelah tersedar akan keterlanjuran dia berkata-kata. Belum sempat Hazim bertanya, Syura lari meninggalkan Hazim terpinga-pinga sendiri.
Syura mengutuk dirinya sendiri ‘macam mana boleh terlepas tadi ? argh ! Bangang !’. Syura mempercepatkan langkahnya. Setibanya di kelas, dia terus ke tempat duduknya dan lalu menghempapkan mukanya ke meja. Qiqi, Wawa dan Fafa kehairanan. Mereka bermonolog sendiri. Qiqi yang sememangnya mengkhuatiri keadaan Syura bertanya.
“Syura? Hey ? Kau OK tak ni?”
“OK” Jawab Syura. Ringkas
“Kenapa ni ? macam ada masalah aja?” Kata Wawa, mengagak.
“yalah, biasanya kau ni happy manjang. Apsal sekarang muram pula? Tanya fafa.
“Weyh ? Aku terlepas tadi!” Kata Syura setelah sekian lama membisu.
“Terlepas apa?”
“Aku terlepas cakap dengan Hazim tadi.  Aku termengaku yang aku suka kat dia” Jawab Syura jujur.
“Apa??” Serentak kata itu keluar dari mulut rakan-rakan karibnya itu.
“Sabarlah Ra. Mungkin dah takdir, OK lah tu, sekurang-kurangnya kau tak payah nak sembunyikan perasaan kau kat dia lagi. Aku tengok dia tu pun macam suka kat kau.” Dengan segera Fafa mengiyakan kenyataan Wawa tadi.
“Apa kau cakap ni ? Hazim tak ada perasaan apa-apa la kat aku ! Tak mungkin ! Orang macam dia , aku rasa mesti dah ada girlfriend. Dah la ! Stop this nonsense” Syura cuba menidakkan kemungkinan. Namun, kata-kata Wawa tadi ada benarnya. Mungkin benar, sekurang-kurangnya dia tidak perlu menyembunyikan perasaannya lagi. Tapi, dia malu ! Malu untuk menghadap Hazim yang pastinya akan bertanya semula tentang kata-katanya pagi tadi. Dia buntu ! Bingung ! Mujur saja ada sahabat-sahabat yang menenangkannya. Kalau tidak, pastinya dia akan pengsan akibat depresi. Wajah hazim terbayang di fikirannya. Bagaimana dia akan berhadapan dengan Hazim nanti?
Fikirannya bercelaru. Dia kemudian bangun dari tempat duduknya.
“Nak pergi mana tu?” Tanya Fafa.
“Nak ke tandas. Kenapa ? nak ikut ?” Kata Syura berseloroh.
Syura berjalan sambil mengelamun. Perlahan. Lamunannya terhenti apabila dia terlanggar seseorang. Hazim! Jelas wajah bungkam Syura. Syura mengucapkan kata “Maaf” dan segera berlalu pergi. Hazim masih di situ, terpinga-pinga.
Sejak hari itu, Syura tidak lagi membalas teguran Hazim. Hazim mula menyedari perubahan sikap Syura apabila Syura tidak berkata apa-apa saat mereka bertemu. Pada waktu rehat, Hazim nekad untuk bertanya sendiri kepada Syura tentang perubahan drastic sikap gadis itu. Hazim menuruni anak tangga dengan pantas. Setibanya di sana, dia terlihat SYura sedang mengemas papan kenyataan seperti biasa. Hazim memberanikan diri menegur Syura.
“Nur Asyura Aziqah Bt Mohd Adam?” Syura diam.
“Syura Ok?” Lembut suara Hazim berkata-kata, namun hati Syura berkeras untuk tetap tidak membalas teguran jejaka itu.
“Urm, Syura ? Hazim ada buat salah apa-apa kat Syura?” Nada suara Hazim kedengaran lebih rendah berbanding tadi. Ingin saja Syura menjerit ‘Ada !’ dan sekiranya Hazim bertanya ‘Apa?’ dia akan menjawab ‘Hazim bersalah sebab buat Syura jadi macam ni. Hazim buat Syura sayangkan Hazim! Hazim jahat!’. Hampir saja Syura meluahkannya tapi keadaan sekeliling menghalang Syura berbuat demikian. Syura mengambil keputusan untuk tetap mendiamkan diri.
“Syura? Jawablah” kata Hazim seraya berdiri menghadap Syura sambil merenung kea rah matanya. Syura yang terkejut dengan aksi spontan Hazim itu terkedu seketika. Mata mereka bertaut tapi tidak lama. Syura berlari ke atas. Hazim terdiam, setiap langkah Syura diperhatikannya. Begitu juga dengan Syura, Meskipun berlari menaiki anak tangga itu, matanya masih merenung Hazim. Pelik. Anehnya Cinta~!